Siakap Keli

(Video) “Dia Faham, Tapi Saja Buat-Buat Bodoh,” Gara-Gara Lampin Penuh Pengasuh, Tendang Kepala Kanak-Kanak OKU, Hempuk Muka Dengan Beg

Seorang pengasuh taska dirakam bertindak kejam dengan menendang kepala seorang kanak-kanak kurang upaya kerana lampinnya sudah penuh.

Selain menendang kanak-kanak itu, pengasuh tersebut kemudian menghempuk mukanya dengan beg sambil menjerit ‘bodoh’!

Daripada rakaman video yang tular itu, teriakan pengasuh itu dengar dengan jelas seperti, “Datang sini, saya nak bersihkan kamu,” dan “Dia bodoh, dia faham saya cakap, dia saja buat-buat bodoh.”

Kanak-kanak tersebut langsung tidak menangis tetapi hanya melihat wajah pengasuh wanit terbabit.

Kejadian yang berlaku di Jukskei, Afrika masih dibawah siasatan pihak berkuasa dan menurut laporan media, pengasuh tersebut sudah dibuang kerja.

Pusat penjagaan itu dipercayai dimiliki oleh seorang doktor dan terdapat 3 orang kanak-kanak kurang upaya yang sedang menerima rawatan harian di sana.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra