Siakap Keli

Lelaki Malaysia Dari Putrajaya Bawa Bar Emas RM1.7 Juta Ditahan Di Lapangan Terbang Dhaka

Seorang rakyat Malaysia ditahan dengan emas bernilai Tk3.50 crore (RM1.7 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka.

Pegawai Kastam menahan Chan Gi Kyong, 47, selepas tiba di Bangladesh dengan penerbangan Malindo Air, kira-kira jam 10 malam, pada hari Ahad lalu.

Kyong dipercayai berasal dari Putrajaya.  Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Kastam Dhaka, Othello Chowdhury, berkata Kyong ditahan dengan berat 7kg emas.

“Jaket ditemui di sebalik bajunya. Tujuh bar emas itu dibalut dengan kertas karbon dan ditutup dengan pita kuning dalam jaket berkenaan,” katanya.

Lelaki itu dikatakan berada dalam tahanan polis lapangan terbang dan kes tersebut akan difailkan di bawah Akta Kastam Bangladesh dan Akta Kuasa Khas.

Sumber: DhakaTribune

Nur Farra