Siakap Keli

Misteri Sakit Kepala Terjawab, Rupanya Ada Paku 48mm Terbenam Dalam Kepala

Beijing: Masalah sakit kepala teruk yang dialami seorang lelaki di China terjawab apabila doktor menemui paku 48 milimeter terbenam pada bahagian kepalanya.

Menurut laporan media tempatan, sakit kepala yang dialami oleh Hu, 43, amat membingungkan mereka untuk mencari puncanya berikutan keadaan kesihatannya yang agak baik serta bacaan tekanan darahnya yang normal tanpa menunjukkan sebarang masalah.

Perkara itu mengejutkan doktor melakukan imbasan CT terhadap lelaki yang bekerja di sebuah kilang simen di China dan mendapati paku terbenam dalam bahagian kanan kepalanya.

Terdahulu, Hu dipercayai mengadu sakit kepala yang dialaminya semakin teruk sebelum mendapati terdapat paku di dalam kepalanya dan bingung bagaimana perkara itu boleh terjadi.

“Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan di kilang.

“Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” jelasnya.

Dia dihantar ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Wuhan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan paku itu.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar