Siakap Keli

Nak Rumah Tangga Harmoni, Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah, Jangan Asyik Guna Lima Alasan Ini Untuk Biar Isteri Penat Kerja Seorang Diri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki rumah tangga yang bahagia dan harmoni semestinya merupakan impian semua insan di dunia ini. Hidup bahagia bersama pasangan dan anak-anak yang disayangi adalah kebahagian yang ingin dikecapi oleh semua.

Terdapat banyak tips dan kaedah yang ada untuk mengecapi bahagia dalam berumah tangga. Terserah kepada individu sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.

Antara kaedah yang berkesan adalah pasangan suami isteri bersama-sama dalam mengurus rumah tangga bukannya mengharapkan sebelah pihak sahaja dengan memberi pelbagai alasan.

Setiap pasangan memiliki teman hidup yang berbeza perangai dan sifatnya. Bagi wanita, memiliki suaminya yang rajin membantu merupakan satu keberuntungan dalam berumah tangga. Jikalau memiliki suami yang agak tidak memberi kerjasama, pastinya sangat menguji kesabaran dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini jika tidak ditangani dengan cara yang betul.

GAMBAR HIASAN

Bagaimanapun, sebagai pasangan yang telah berkahwin, seharusnya kita sentiasa memiliki sifat toleransi terhadap pasangan dan sentiasa membantu dan bersama-sama menguruskan rumah tangga bagi mengecapi bahagia berkeluarga.

Menurut coretan dari Mohd Fhais di laman facebooknya, ini lima jenis alasan yang tidak boleh digunakan para suami jika sang isteri meminta bantuan. Jangan biarkan isteri anda kepenatan kerja seorang diri dengan memberi alasan remeh sebegini.

Mari ikuti perkongsia ini dan semoga bermanfaat.

GAMBAR HIASAN

 Jangan Guna 5 Alasan Ini Biarkan Isteri Kepenatan Kerja Seorang Diri 

#1-Tak Tahu

“Abg tak tahu tukar pampers, sayang buat lah.”

  • Tak tahu atau buat buat tak tahu adalah alasan paling biasa kita dengar. Ini cara senang nak bagi tahu yang kita malas dan tak berusaha.
  • Buat je dulu, alasan kemudian. Walaupun gagal sekurangnya boleh jadi teladan pada anak-anak.

#2 – Tak Pandai

“Abg mana pandai buat kerja rumah, abg bukan orang rumah.”

  • Tiada manusia yang lahir terus pandai buat kerja rumah, ada je orang rumah yang tak buat kerja rumah.
  • Tak pandai boleh belajar tapi kalau tak belajar tiada siapa boleh bantu walaupun seorang jutawan rumah.
GAMBAR HIASAN

#3 – Tak Yakin

“Abg tak yakin nak mandikan anak baru lahir, tangan abg kasar nanti patah tulang anak kita.”

  • Keyakinan tak boleh di beli di supermarket, keyakinan juga tidak boleh di warisi dari ibu bapa.
  • Tetapi keyakinan perlu di bentuk dari latihan dan tindakan.

#4 – Tak Boleh

“Abg tak boleh nak jaga anak seorang diri.”

  • Percayalah, jika isteri kita boleh mengandungkan anak 9 bulan 10 hari seorang diri, lelaki pasti boleh jaga anak paling kurang pun untuk 9 hari.

#5 – Tak Pernah

“Abg tak pernah buat susu sebelum ni, dekat universiti tak pernah ajar pun.”

  • Universiti tempat menimba ilmu dan tempat melahirkan golongan berilmu.
  • Rumah pula tempat kita mencurah bakti dengan mempraktikkan ilmu yang kita pelajari dari pengalaman, universiti mahupun dari kedai mamak.

Kadang-kadang bukan isteri tak boleh baca yang suami ni sebenarnya malas, dan banyak bagi alasan.

Walaupun dah tahu mereka tetap suruh suami buat kerja rumah.

Sebabnya mereka tak pernah berhenti BERHARAP yang satu hari nanti suami dia akan berubah.Percayalah tiada kerja di dunia ini yang lelaki tak boleh buat kecuali kerja Tuhan.

Share agar bermanfaat.

P/s : Saya banyak berkongsi tips rumahtangga dan parenting di telegram, free je join. Klik sini -> t.me/CoretanFhais

Sumber:Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar