Sepucuk surat misteri yang dihantar kepada pihak polis menjadi petunjuk kepada penemuan mayat 11 bayi yang disimpan di atas siling sebuah rumah di Detroit, Amerika Syarikat.
Menurut surat yang membongkarkan perkara itu, kesemua mayat bayi berkenaan disembunyikan pada bahagian atas siling.
Pihak berkuasa tempatan yang melakukan serbuan itu menemui sembilan daripada 11 mayat disimpan di dalam kotak kadbod, bersama sebuah keranda kecil yang di dalam ruang penyimpanan di bumbung rumah mayat Cantrell.
Dilaporkan dalam serbuan itu turut menemui janin yang disimpan di rumah mayat itu.
Terdahulu, rumah mayat itu terpaksa ditutup berikutan masalah penjagaannya dan melalui proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah pusat komuniti.
Siasatan berhubung penemuan mayat-mayat itu sedang berjalan.
Sumber: Mirror