Siakap Keli

YB Boleh Tunjuk Mana Saya Kata SST Akan Turunkan Harga Barang – Lim Guang Eng

Sesi Parlimen hari ini, Lim Guang Eng mempertahankan kenyataannya bahawa tiada jaminan harga barang akan turun seleps perlaksanaan SST.

“Saya ada sebut banyak kali jika YB boleh tunjuk di mana saya sebut SST akan kurangkan harga tolonglah beri petunjuk pada saya.  Jika tidak jangan sebar fitnah jahat yang tidak berasas ini.”

Kenyataan ini dikeluar sebaik Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan kenaikan SST sama sekali tidak memberi keringanan kepada rakyat.

Dalam rakaman Parlimen tersebut, Guan Eng bagaimanapun diganggu daripada meneruskan penjelasan mengenai SST oleh parlimen pembangkang yang mungkin tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Guang Eng dalam pada itu menyeru mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti jika beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SST akan turunkan harga barang.

“PRK Port Dickson telah membuktikan sebar fitnah jahat tidak laku lagi.  Rakyat telah beri keputusan.  Fitnah adalah perkara lapuk, tak ada modal lagi.  Biar kita tujukan pada fakta dan angka yang sebenar,” kata beliau.

Nur Farra