Siakap Keli
Gambar : Nan Manjoi Ipoh

Bayi Masih Bertali Pusat Dijumpai Di Tangga Flat

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai dalam sebuah beg oleh orang awam di tangga sebuah flat di Desa Permai, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Elias berkata bayi itu ditemui penghuni flat berkenaan dan segera membawa bayi itu ke balai polis Ampang untuk tindakan lanjut.

Bayi yang lengkap berpakaian berwarna kuning itu dibalut dengan kain putih bercorak dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan, katanya dalam satu kenyataan.

Hamzah berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.