Siakap Keli
Gambar : ompvstheworld

Dataran Merdeka Ditutup 10 Bulan Kepada Orang Awam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara padang Dataran Merdeka kepada orang awam dan sebarang kegiatan di atasnya bermula 24 Oktober ini sehingga 2 Ogos 2019.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek ‘River of Life’ Fasa 1.

Gambar : FB rasmi DBKL

Sehubungan itu, orang awam yang melewati kawasan ini juga dinasihatkan agar berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja sedang dilaksanakan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.