Siakap Keli

Honor 8X Pilihan Lebih Bijak Berbanding iPhone XR, Paparan Full HD Yang Lebih Luas Dan Garang Untuk Kaki Movie.

Honor 8X ini merupakan model ke-enam dalam siri Honor-X selepas bermula dengan Honor 3X dahulu. Penulis masih ingat lagi model Honor 7X yang mengetengahkan rekabentuk tahan lasak dengan konsep ‘Airbag’. Kalau korang nak tengok drop test ciri ‘Airbag’ tu boleh tengok kat sini.

Tahun ini Honor masih lagi mengekalkan prinsip rekaan peranti yang rugged apabila menyertakan binaan kaca untuk panel belakang sekaligus menjadikan Honor 8X peranti paling murah dengan rekaan sedemikian.

Walaupun ianya peranti paling murah dalam kelompok panel belakang kaca, Honor 8X tidak menunjukkan tanda-tanda ianya sebuah peranti murahan dengan menampilkan skrin LCD bersaiz gergasi pada nisbah 19.5:9 dengan 91% peratusan skrin. Bila pegang ditangan, tak rasa langsung seperti pegang peranti bajet.

Baru-baru ini Apple turut memperkenalkan model ‘bajet’ mereka iaitu iPhone XR. Ramai yang tidak puas hati dengan iPhone XR kerana ianya tidak menawarkan sokongan tontonan pada resolusi HD penuh.

Walaupun hadir dengan rekaan skrin LCD Liquid Retina yang lebih besar berbanding model iPhone X sebelum ini iaitu pada 6.1 inci (79%), tetapi apa gunanya jika korang tak boleh tonton video dalam Full HD(1080p)? Apple seakan-akan ‘membodohkan’ pengguna.

Honor 8X memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan apabila menonton video terutamanya di Youtube. Korang boleh cuba rasainya sendiri, cari video pada nisbah 21:9 (nisbah standard seperti di pawagam) untuk tontonan HD penuh Ultra-Wide.

Memandangkan ianya sebuah peranti untuk kaki Movie dan geng “Netflix and Chill”, Honor turut menyertakan ciri Eye Comfort Mode (certified by TüV Rheinland ) untuk memberikan keselesaan kepada mata selepas berjam-jam menonton movie dengan mengurangkan pelepasan radiasi lampu biru. Korang boleh set sendiri masa yang sesuai untuk mode Eye Comfort perlu diaktifkan, seperti contoh sejam sebelum tidur misalnya.

Manakala bagi spesifikasi kameranya pula, Honor 8X dilengkapi dengan dwi-kamera utama, 20MP f/1.8 + 2MP serta kamera swafoto dengan lensa tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Ia turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan(AI).

Menariknya, kamera peranti ini juga mempunyai beberapa ciri premium seperti Super Slow-Motion, AI Backlight Portrait serta penstabilan imej berkuasa AI(AIS), teknologi penstabilan imej baru yang dibangunkan oleh pihak Honor.

Contoh gambar seperti di bawah.

Gambar menggunakan dwi-kamera utama 20MP, f/1.8dan 5MP.
Hasil gambar dengan mode ‘Potrait’.
Seperti biasa fungsi AI memberikan lagi kepekatan warna untuk memberikan hasil gambar yang lebih ‘hidup’.
Walaupun kamera memfokuskan kepada ‘backlight’ langit, perincian pokok dan banggunan masih lagi dapat dikekalkan dengan dynamic range yang memuaskan.
Kamera selfie 16MP f/2.0. Penghasilan yang sangat kemas.
Fungsi ‘Bokeh’ kamera selfie.
Penghasilan imej dalam keadaan kurang cahaya agak memuaskan.

Honor 8X menggunakan sistem operasi EMUI 8.2 berlandaskan Android 8.1 Oreo, pihak Honor mengesahkan bahawa ia bakal menerima kemaskini EMUI 9 di masa akan datang. Mengenai baterinya pula, Honor 8X ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Krin 710 dan bateri berkapasiti 3,750mAh. Menurut Honor, peranti ini mengambil masa 150 minit untuk dicas penuh menggunakan alat pengecasan asal yang disediakan.

Honor Malaysia telah membawa masuk dua variasi warna untuk peranti ini iaitu hitam dan biru. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, peranti ini boleh didapati pada harga RM 949.

Selepas 3 hari dipasaran Malaysia, Honor 8X telah mengambil gelaran telefon pintar Honor paling laris didalam sejarah Honor di Malaysia. Pencapaian Honor 8X yang menjadi telefon pintar Honor paling laris di Malaysia membuktikan bahawa ianya model dengan spesfikasi dan harga penjualan yang sangat kompetitif.

Jika anda terlepas untuk memiliki Honor 8X pada mana-mana saluran penjualan sebelum ini, anda tidak perlu risau kerana Honor 8X akan ditawarkan lagi pada 19 Oktober ini (penjualan bermula tepat jam 9 pagi) di Hihonor dan Shopee. Bagi 500 pembeli pertama pada 19 Oktober ini anda akan menerima jam Honor Band 3 dan Bauchar Hihonor RM 50 bersama-sama Honor 8X (jika beli di Shopee akan menerima RM 50 Shopee Coin).

Boleh layari Hihonor (https://www.hihonor.com/my) or Shopee (https://shopee.com.my/honor.os) untuk ketahui info tentang peranti ini dengan lebih lanjut.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think