Siakap Keli

Jaja Makanan Tengah Jalan, Penjual Dan Pembeli Boleh Disaman – Polis

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin menasihati orang ramai untuk tidak berurus niaga ditengah-tengah jalan kerana ia merupakan satu kesalahan.

Beliau dalam satu kenyataan memberitahu bahawa aktiviti jual beli di tengah jalan raya bukan sahaja satu kesalahan, malah menganggu kelancaran trafik selain membahayakan keselamatan penjaja dan pengguna jalan raya.

Menurut Hasanuddin, penjaja dan pembeli boleh disaman kerana ia adalah perkara yang salah di sisi undang-undang.

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai untuk menghentikan aktiviti tersebut dan mencari pendapatan lain yang lebih selamat dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Di Indonesia, aktiviti jual beli di tengah-tengah jalan ini seperti normal dan menjadi kebiasaan penduduk di sana.  Pun begitu, Malaysia mula mengikut ‘trend’ menjaja atas jalan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan serta minuman.

Nur Farra