Siakap Keli

Menteri KBS Beri Amaran Pada Media Waspada Lapor Berita Gambar Tak Pakai Baju

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik sekeping foto tidak berbaju di media sosial miliknya. Gambar berkenaan yang dimuat naik selepas tamat perlawanan bola sepak dengan pasukan selebriti tanah air menerima kritikan daripada netizen serta dilaporkan oleh banyak media.

Bagaimanapun hari ini, sebuah portal berita tempatan berbahasa Melayu melaporkan bahawa Syed Saddiq memberi amaran kepada media-media tanah air supaya berhati-hati dalam melaporkan berita berkenaan.

Ujarnya lagi, media sepatutnya memberi tumpuan serta melaporkan perkara-perkara yang lebih penting berbanding membuat laporan mengenai dirinya yang tidak berbaju itu.

Gambar yang dimuat naik oleh beliau sebelum ini menunjukkan dirinya menjalani terapi ais sebaik sahaja tamat perlawanan bola persahabatan semepena Hari Sukan Negara.

Mungkin menyedari bahawa gambar berkenaan menerima kritikan dan teguran daripada orang ramai, Syed Saddiq kemudian mengambil tindakan untuk memadam gambar tersebut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.