Siakap Keli
Sumber: Nextshark

Minta Izin Untuk Merompak Kedai Dan Permintaan Ditolak, Perompak ‘Sopan’ Serah Diri Di Balai Polis

Seorang lelaki warga Jepun dilaporkan meminta izin dengan pengurus kedai untuk merompak premis itu sebelum akur dan menyerah diri di balai polis terdekat setelah permintaannya ditolak.

Cubaan merompak yang pelik tersebut dilaporkan berlaku pada 5 Oktober, di kedai serbaneka Lawson di Ogori City, Fukuoka, Jepun.

Menurut polis, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu memasuki premis tersebut sekitar pukul 1.40 pagi dan memberitahu pengurus bahawa dia berniat untuk merompak dan menakutkan mereka, oleh itu dia meminta kerjasama dari pihak pengurus kedai itu.

“Saya datang ni dengan niat mahu takutkan kami dan merompak kedai ini, bolehkah saya minta kamu bekerjasama dengan saya?” tanya lelaki tersebut.

Sumber: Nextshark

Bagaimanapun, dia tidak mendapat jawapan yang diharapkan dan terus berlalu pergi tanpa mengambil apa-apa barang atau wang.

“Saya tak boleh buat macam tu,” jawab pengurus kedai serbaneka yang terkejut dengan kesopanan lelaki berkenaan.

Kira-kira lima minit kemudian, dia berjalan ke balai polis berdekatan dan mengaku cuba melakukan rompakan.

Selepas menyiasat lelaki itu, pegawai menemui pisau dapur, tetapi tidak dikeluarkannya semasa meminta izin daripada pengurus kedai serbaneka untuk merompak.

perompak sopan itu telah didakwa dengan cubaan untuk merompak, tetapi pihak polis masih menyiasat motif jenayah itu.

Sumber: Oddity Central

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar