Siakap Keli
Gambar : al-arabi.com

Penduduk Terperangkap Di Atas Bumbung Rumah, Tak Dapat Selamatkan Diri, Ribut Tropika Landa Yaman

Gabenor Al-Mahra, Rajeh Ba Kurait, telah merayu Gabungan Arab untuk menghantar helikopter bagi menyelamatkan puluhan nyawa keluarga di Yaman yang terperangkap di atas bumbung-bumbung rumah wilayah Al-Mahara.

Menurut  Gabenor, lebih daripada 5o keluarga dilaporkan telah terperangkap di bumbung rumah dan pihak berkuasa tempatan tidak dapat menyelamatkan mereka.

Gambar : al-arabi.com

Difahamkan, Al-Mahra telah dilanda ribut tropika Luban sejak Ahad lalu. Pihak berkuasa tempatan telah melakukan usaha bagi mengurangkan jumlah korabn dengan membawa mangsa yang cedera ke hospital. Walau bagaimanapun, keupayaan mereka adalah terhad.

Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com
Gambar : al-arabi.com

Badai Luban, yang dibawa oleh ribut tropika yang teruk , dijangka akan akan menyebabkan hujan lebat dan keadaan berangin yang teruk, membawa sekali banjir kilat dan ombak besar ke daerah tersebut.

Sumber : alsahwa-yemen.net

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.