Siakap Keli

Sydney Mungkin Berisiko Ancaman Tsunami – Kajian Pakar

Penyelidikan yang baru dikeluarkan hari ini daripada Universiti Newcastle dan Biro Meteorology mendapati Sydney Harbour akan berisiko menghadapi ancaman tsunami susulan gempa bumi di Lautan Pasifik, yang boleh menjejaskan destinasi pelancongan Manly Corso yang terkenal di Sydney.

Kajian menunjukkan ombak yang menimbulkan ancaman ke pantai timur Australia boleh sampai ke pantai dalam 2 jam kerana berlaku pergerakan air dan arus yang kuat.

Ketua Penyelidik Kaya Wilson berkata, Sydney pernah terjejas akibat gempa bumi di Chile pada Mei 1960, menyebabkan gangguan besar ke atas Sydney Harbour, persiapan rapi perlu dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Punca utama tsunami disebabkan gempa bumi di dasar lautan, kebanyakannya berlaku di ‘zon benam” di mana plat tektonik bertemu – titik yang terdekat dengan Australia Timur ialah Puysegur Trench, selatan New Zealand,” katanya.

Sumber: News au

Nur Farra