Siakap Keli

Tiga Gempa Bumi Berlaku Berdekatan Malaysia, Tiada Ancaman Tsunami

Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) melalui tiga kemas kini di laman Facebook rasmi agensi berkenaan mengesahkan berlaku tiga gempa bumi dengan dua daripadanya berlaku di Kepulauan Loyalty dan satu lagi di Sumatera Utara.

Bagaimanapun Met Malaysia mengesahkan sehingga kini Malaysia masih bebas daripada sebarang ancaman tsunami akibat ketiga-tiga gempa bumi kuat yang berlaku berdekatan dengan wilayah Malaysia.

Kemas kini pertama yang dikeluarkan oleh Met Malaysia adalah berkenaan dengan gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara.

Gempa berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 12.26 pagi tadi berkekuatan 5.4 skala Richter dengan pusat gempa terletak iira-kira 26 kilometer daripada Meulaboh, Indonesia. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia biarpun gempa berkenaan berlaku pada kedalaman cetek iaitu 10 kilometer.

Kemas kini kedua pula adalah gempa yang berlaku di Kepulauan Fiji dengan gempa berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai pengaktifan Lingkaran Cincin Api, seperti dilaporkan oleh media antarabangsa.

Melalui kemas kini berkenaan, Met Malaysia memaklumkan gempa yang berlaku di Tenggara Kepulaun Loyalty itu berlaku pada pukul 8.28 pagi sebentar tadi.

Gempa berkenaan mempunyai kekuatan 6.4 skala richter pada kedalaman 66 kilometer. Pusat gempa adalah kira-kira 922 kilometer daripada Barat Daya Nadi, di Fiji. Tiada amaran tsunami kepada Malaysia dikeluarkan.

Manakala kemas kini yang ketiga juga adalah mengenai gempa kuat yang turut menyerang Pulau Loyalty sekali lagi.

Gempa bumi kedua juga berlaku pada lokasi yang hampir sama iaitu di Tenggara Kepulauan Loyalti pada jam 9.30 pagi sebentar tadi.

Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 68 kilometer dengan kekuatan bertambah kepada 6.6 skala Richter.

Met Malaysia turut mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia daripada gempa yang berpusat kira-kira 923 kilometer Barat Daya Nadi, di Fiji itu.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.