Siakap Keli

F&N Sedang Cari Pelanggan Bertuahnya Untuk Diberi Hadiah Bernilai RM 1.35 Juta

Kena pula dengan sambutan ulang tahun F&N yang ke 135, sebenarnya F&N ada berita gembira untuk anda-anda semua di luar sana. Anda mesti pernah sambut hari jadi sebelum ini dan mendapat pelbagai hadiah daripada keluarga dan sahabat andai kan. Hadiah tersebut tentu tak ternilai harganya pada anda. Sama macam F&N, YANG BERBEZANYA F&N YANG NAK BERI HADIAH PADA ANDA! Lain dari yang lain, sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan anda selama ini.

Jauh pula kita sembang, hadiah tak sebut lagi. Korang mesti dah tak sabar nak tahu apa hadiahnya kan? Ni kami nak bagi tahu, sempena usianya 135 tahun, F&N nak berikan kepada anda hadiah keseluruhan bernilai RM 1,350,000. SATU JUTA TIGA RATUS LIMA PULUH RIBU RINGGIT MALAYSIA. Woww!!!

Mana tahu, anda salah seorang pelanggan F&N yang paling bertuah diantara lebih 30 juta rakyat Malaysia ni kan. Untung-untung, EMAS TULEN 916 seberat 1.35 kilogram bernilai RM 300,000 ditakdirkan menjadi milik anda. Hadiah utama pulak tu.

Tapi F&N bukan nak beri dekat seorang je, anda juga mungkin cukup bertuah untuk terpilih menjadi pemilik kepada SYILING EMAS TULEN 916 seberat 135 gram bernilai RM 30,000 setiap satu. Jadi kekal dengan kami jika anda mahu jadi salah seorang daripada 9 orang yang berjaya memiliki syiling emas ini. Sekejap lagi kami beritahu apa yang anda perlu buat okay.

Selain itu kalau korang nak tahu, F&N juga menyediakan sebanyak 10,000 replika buah trak vintaj F&N untuk anda menangi. 10,000 takkanlah satu pun tak boleh jadi milik anda kan. Kami yakin, 1 hari nanti replika trak vintaj ini akan menjadi satu ‘’collectable item’’. Pada waktu itu, anda akan menjadi orang yang bertuah kerana memiliki sesuatu yang tak ternilai daripada F&N. Percayalah.

Ok, hadiah korang dah tahu. Tapi ini part yang paling penting, yang wajib anda buat. Kalau boleh setiap hari. Mudah sahaja, anda hanya perlu mengikuti syarat-syarat yang sudah ditetapkan di dalam Jadual Bukti Pembelian seperti gambar di bawah.

Berdasarkan jadual diatas, korang hanya perlu membeli mana-mana satu daripada produk yang disenaraikan. Antara produk-produk yang korang boleh beli adalah 100 PLUS/ACTIVE 300ml/325ml/ untuk semua varian, Krimer Manis Cap Junjung 500g, Kings Ais Krim Potong untuk semua varian, Oishi/Oyoshi 1 liter dan Season 1 Liter.

Korang dah beli, bayar dan dah ada boring penyertaan apa yang anda kena buat seterusnya adalah SIMPAN BUKTI PEMBELIAN. Bukti pembelian macam mana yang anda kena simpan? Sekali lagi, anda boleh semak gambar di atas (turut dinyatakan dalam Borang Peraduan). Korang kena tengok pada kolum Bukti Pembelian. Setiap produk yang korang beli berbeza-beza bukti pembelian yang perlu anda sertakan dengan Borang Peraduan nanti.

Contoh untuk 100 PLUS/ACTIVE 300ml/325ml bagi semua varian, anda perlu menyertakan PENUTUP SENTAP 135 sebagai bukti pembelian. Selain itu, untuk Krimer Manis Cap Junjung pula, korang kena sertakan LABEL TIN sebagai bukti pembelian. Bagi King’s Ais Krim Potong pula, korang kena sertakan bukti pembelian PEK BUNGKUSAN LUAR. Kalau anda beli Oishi/Oyashi 1 Liter pula, bukti pembelian yang anda perlu hantar pula adalah LABEL BOTOL.

TIADA HAD PEMBELIAN DAN TIADA HAD PENYERTAAN!!!

Kat atas tu kami cuma menyebut beberapa produk F&N sahaja. Sebenarnya banyak lagi produk yang korang boleh beli untuk sertai peraduan ni. Nama-nama produk yang korang boleh beli ada dekat Borang Penyertaan ok. Jangan lupa semak tau!

Lupa nak minta borang penyertaan? Tak apa, F&N tetap nak beri anda peluang untuk menang. Mudah sahaja, muat turun borang penyertaan secara atas talian disini.

Tunggu apa lagi, capai kunci dan hidupkan kenderaan anda. Tujulah ke kedai berdekatan dan jangan lupa beli produk F&N diantara 1 Oktober sehingga 30 November ini untuk sertai peraduan sempena ulang tahun 135 tahun F&N. Lagi kerap anda beli, lagi banyak anda sertai maka lagi tinggilah peluang untuk anda menang. Good Luck.



Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.