Siakap Keli

“Jangan Terlalu “Show Off” Kebahagiaan Di Laman Sosial,” Kisah Keluarga Disihir Guna Gambar Yang Dimuatnaik Di Internet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ramai diantara kita sudah biasa didedahkan dengan sihir, santau dan sebagainya, namun pernahkah anda mengetahui apakah itu penyakit ‘Ain?

Penyakit ‘Ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan boleh terjadi dari orang yang soleh.

Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dikaitkan dengan pujian. Sebagaimana anggapan sebahagian besar masyarakat Melayu bahawa pujian kepada seorang anak akan menyebabkab sakit.

Ini bermakna, bukan pujian yang menyebabkan kesan buruk bagi anak tersebut, tapi ia bermula daripada pandangan mata sang pemuji.  Adakah pujian itu benar-benar kerana mengagumi atau pun ada rasa iri hati?

Perkongsian daripada Emira Sabriena melalui laman Twitter miliknya menjelaskan pengertian ‘Ain dalam situasi masyarakat kita di Malaysia.

Sumber: Facebook Emira Sabriena

Nur Farra