Siakap Keli
SONY DSC

Mahkamah Tinggi Benarkan Bapa Batal Sijil Perakuan Agama Islam Dua Anaknya – Laporan

Akhbar tempatan berbahasa Melayu semalam melaporkan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membenarkan permohonan seorang lelaki beragama Buddha untuk membatalkan sijil perakuan agama Islam dua anaknya yang dibuat oleh bekas isterinya sebelum ini.

Datuk Azizah Nawawi dalam keputusannya memberikan kebenaran kepada lelaki berkenaan untuk membuat semakkan kehakiman oleh lelaki berusia 46 tahun itu yang mencabar penukaran agama anak lelaki berusia 5 tahun dan anak permpuan berusia 10 tahun.

Datuk Azizah juga dikatakan bahawa mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Keputusan ini dalam kes M Indira Ghani.

Ujar beliau lagi, tidak berlaku sebarang pertikaian memandangkan keputusan untuk menukar agama kedua-dua kanak berkenaan tidak dibuat atas persetujuan bersama.

Mahkamah juga dilaporkan mengarahkan nama dua kanak-kanak itu dikeluarkan daripada senarai Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Mahkamah dalam keputusannya juga tidak membenarkan nama ibu bapa dan kanak-kanak tersebut didedahkan kepada umum.

Pada Jun 2016, bapa kanak-kanak tersebut telah menfailkan semakkan penghakiman bagi mendapatkan perintah certiorari yang membolehkan kad perakuan masuk Islam bagi dua anaknya dibatalkan serta-merta.

Lelaki itu juga menfailkan peritah mandamus supaya Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pendaftar Mualaf membatalkan serta-merta pendaftaran sebagai mualaf ke atas dua orang anaknya itu.

Ibu bapa kepada dua kanak-kanak tersebut mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2006 sebelum menfailkan penceraian di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mei 2016. Isteri lelaki berkenaan yang berusia 42 tahun dilaporkan sudah memeluk Islam sejak 29 Disember 2015 sebelum menukar agama anak-anaknya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 11 Mei 2016.

Lelaki berkenaan diwakili peguam, K Shanmuga manakala ibu kepada kedua-dua itu pula diwakili oleh peguam Rohani Ibrahim dan Zulkifli Che Yong.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.