Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nenek Kejam, Tikam Dan ‘Panggang’ Cucu 20 Bulan Dalam Ketuhar

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Manakan tidak, apabila seorang nenek yang sepatutnya menyayangi cucu bertindak sebaliknya apabila dia menikam dan membakar cucunya yang berusia 20 bulan di dalam sebuah ketuhar.

Kejadian ngeri itu berlaku di Bolivar County, Mississippi dan bayi malang tersebut sudahpun disahkan meninggal dunia.

Rumah di mana kejadian berlaku

Pihak polis sudah menahan nenek berkenaan tapi sehingga kini mereka masih belum dapat mengesahkan sama ada bayi berkenaan sudah meninggal dunia sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar atau sebaliknya.

“Seorang ahli keluarga tersebut pulang ke rumah dan dia menyaksikan perkara tersebut.

“Mereka menemui bayi tersebut di dalam ketuhar dan terus memanggil polis.

“Di tempat kejadian, kami menemui seorang bayi perempuan berusia 20 bulan. Punca sebenar kematian masih disiasat namun kami percaya dia ditikam dan dibakar,” kata Ketua Polis Bolivar County, Sheriff Kelvin Williams.

Kelvin Williams

Ujian makmal telah dijalankan bagi menentukan kejadian sebenar yang berlaku terhadap bayi malang itu.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Isnin dan polis dipanggil ke lokasi kejadian sekitar pukul 7 petang. Identiti suspek dan mangsa tidak didedahkan oleh pihak polis sehingga kini.

Kes dilaporkan sedang disiasat oleh Biro Siasatan Mississippi.

Sumber : Mirror.UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.