Siakap Keli

Polis Minta Dua Lelaki Terlibat Pukul Pekerja Stesen Minyak Serah Diri

Beberapa hari lalu, tular rakaman seorang pekerja pam minyak PETRONAS dipukul oleh beberapa orang lelaki gara-gara tersilap isi minyak RON 97 dengan minyak RON 95 pada 6 Oktober yang lalu.

Susulan itu, PDRM melalui Polis Daerah Tapah dalam satu kemas kini di laman facebook rasminya meminta dua orang lelaki yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan untuk tampil menyerah diri.

”Berikutan video yang tular di media sosial, pohon kedua-dua saksi bagi kejadian di Petronas Sungkai pada 6/10/2018 untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

”Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi tersebut boleh berhubung dengan Asp Ong Chin Yong Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah Di talian 012-2013048,” kata kenyataan itu lagi.

Siakap Keli sebelum ini turut melaporkan insiden berkenaan dimana mangsa pukul berkenaan telahpun membuat laporan polis serta mendakwa dirinya mengalami kesakitan di beberapa tempat.

Mangsa turut menjelaskan ketika kejadian, suspek hadir ke stesen minyak tempatnya bekerja untuk mengisi minyak motorsikal namun tidak memaklumkan jenis minyak yang mahu diisi.

Mangsa kemudian membuat keputusan untuk mengisi minyak RON 95. Namun tindakannya mendatangkan rasa tidak puas hati kepada suspek walaupun mangsa sudah membuat permohonan maaf.

Berdasarkan klip video CCTV berdurasi 42 saat yang tular, mangsa ditarik keluar daripada tempat kerjanya sebelum dipukul sehingga terjatuh serta dibaling dengan objek oleh kedua-dua suspek, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.45 tengah hari itu.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

BACA : (Video) Pekerja Stesen Minyak Trauma, Kena Pukul Dipercayai Kerana Salah Isi Minyak

Sumber : Polis Daerah Tapah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.