Siakap Keli

Remaja Bawah Umur Ditetak Tujuh Kali Sebelum Dirogol Sehingga Lumpuh

Pihak berkuasa Timor Tengah Selatan (TTS) di Nusa Tenggara Timur menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rogol hingga menyebabkan mangsa, remaja berusia 13 tahun mengalami masalah lumpuh.

Jurucakap pihak berkuasa, Iptu Jamari dalam satu kenyataan turut mendedahkan bahawa kedua-dua suspek utama yang ditahan adalah Yohanes Bana dan Yeskiel Tafuli.

”Mereka berdua ditahan kerana dipercayai terlibat dalam serangan terhadap seorang remaja bawah umur di daerah Santian,” kata Jamari kepada portal berita tempatan, Kompas.com.

Menurut Jamari, suspek pertama, Yohanes berjaya ditahan pihak berkuasa pada 9 Ogos yang lalu di Desa Nelapetu, Kecamatan Noebana manakala suspek kedua pula ditahan pada 14 Oktober di Desa Toi, Kecamatan Amanatun Selatan.

Dedah Jamari lagi, kejadian serangan rogol hingga menyebabkan mangsa lumpuh berlaku pada 7 Julai lalu ketika mangsa bersendirian di sungai untuk mencuci pakaian.

Salah seorang suspek, Yeskiel

Tidak lama kemudian, Yohanes kemudian menghampiri mangsa daripada belakang sebelum melibas parang pada bahagian leher sebanyak 7 kali sehingga mangsa rebah dan berlumuran darah. Yohanes dilaporkan meninggalkan lokasi kejadian setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri.

Kemudian, datang Yeskiel merogol mangsa yang sudah tidak berdaya sebelum membuang gadis malang tersebut ke dalam sungai. Namun, mangsa kemudian ditemui oleh penduduk kampung yang menggunakan sungai itu sebelum dikejarkan hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, keadaan mangsa yang serius kemudian memaksa pihak hospital tempatan memindahkan mangsa ke Hospital di Kupang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

”Setelah dirawat pihak hospital lebih tiga bulan, mangsa kemudian menunjukkan tanda-tanda pulih. Bagaimanapun mangsa mengalami masalah lumpuh di kedua-dua belah kaki akibat tetakkan Yohanes yang mengenai beberapa urat utama,” kata Jamari lagi.

Doktor juga menyarankan keluarga mangsa membawa gadis malang itu ke Surabaya untuk menerima rawatan masalah lumpuh berkenaan, namun disebabkan masalah kewangan, keluarga memutuskan untuk mendapatkan rawatan tradisional.

”Kini, kedua-dua suspek sudah ditahan. Kami akan siasat motif serangan berkenaan,”.

Sumber : Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.