Siakap Keli

“Saya Nampak Kepala Dia Pecah,” Lelaki Maut Kolar Baju Tersangkut Pada Eskalator

Seorang lelaki maut terjerut serta dipercayai tercekik apabila bajunya terperangkap dalam eskalator di stesen kereta api bawah tanah di New York.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di atas eskalator dengan sebahagian daripada bajunya yang terperangkap dalam mesin dengan bahagian kolar baju menjerut leher sehingga membuatkannya tercekik.

Sebaik pihak berkuasa sampai di tempat kejadian, baju mangsa dipotong untuk dibawa ke hospital namun dia sudah meninggal dunia akibat cekaman kolar yang terlalu kuat di leher.

Video cctv merakam aksi mangsa sebelum maut cuba untuk membebaskan dirinya tetapi gagal.

Seorang saksi kejadian, Giovanni Fernandez berkata, “Ketika saya turun daripada kereta api, saya dapat lihat mangsa tersangkut di eskalator.”

“Saya melihat darah dengan kepala yang pecah, serta tertiarap.”

Walau bagaimanapun, jurucakap MTA Shams Tarek berkata, “Kejadian tragis ini adalah satu yang luar biasa dan akan disiasat.”

Sumber: News sky

Nur Farra