Siakap Keli

Tak Habis Lagi Trauma Gempa Palu, Kanak-Kanak 7 Tahun Jadi Mangsa Perkosa 3 Lelaki Di Rumah Perlindungan

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Belum lagi habis trauma dilanda musibah gempa dan tsunami yang melanda Palu, seorang kanak-kanak di situ kini terpaksa berdepan pengalaman hitam seumur hidup apabila diperkosa pula oleh tiga lelaki durjana.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun, murid kelas 1 sekolah dasar (SD) yang hanya dikenali sebagai SH dirogol di tempat perlindungan mangsa bencana di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, semalam.

Kes telah dilaporkan kepada pihak polis dan mangsa juga telah dibawa menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Malebu, Sudiang.

Jurucakap polis,  Kompol Anugraha berkata, salah seorang dari pelaku iaitu seorang remaja berusia 14 tahun berjaya diberkas dan merupakan warga daerah Makassar.

“Kes tersebut telah dipindahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA). Dua lagi pelaku yang dipercayai dari Kabupaten Maros masih diburu,” katanya.

Menurutnya, insiden berlaku ketika kanak-kanak warga Palu itu sedang bermain sendirian sebelum dia ditarik secara paksa  ke kawasan tanah lapang oleh ketiga-tiga pelaku yang bertindak merogolnya secara bergilir-gilir dan berulang kali.

“Setelah selesai, mereka kemudiannya menghantar mangsa di hadapan rumahnya. Saat masuk ke rumah, mangsa merintih kesakitan dan menceritakan kepada keluarganya apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Sebaik sahaja mendengar cerita kanak-kanak itu, penduduk bertindak mengejar pelaku dan hanya berjaya menangkap salah seorang daripada mereka.

Sumber : Tribunnews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.