Siakap Keli

(Video) ”Hanya Ada Satu Raja Dalam Rimba” Khabib Cabar Mayweather ‘Bertumbuk’

Khabib Nurmagomedov dalam satu kenyataan dilaporkan mencabar petarung lagenda, Floyd Mayweather yang mempunyai rekod 50-0 untuk bertarung di dalam gelanggang dengan berkata,

”Hanya ada satu raja sahaja di dalam rimba”

Terdahulu, Khabib yang sedang menjalani penggantungan sementara melebarkan rekod kemenangan tanpa kalah kepada 27-0 setelah menumbangkan Connor McGregor sebelum tercetus kekecohan diluar gelanggang selepas tamat pertarungan.

Sebelum Khabib, Mayweather sebelum ini pernah menerima cabaran daripada McGregor dalam satu pertarungan UFC yang dianggap paling mahal dalam sejarah dunia MMA. McGregor biarpun tewas dalam pusingan kesepuluh, dilaporkan berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai USD 10 juta, manakala Mayweather pula dilaporkan meraih pendapatan sebanyak USD 100 juta dalam pertarungan berkenaan.

Maka tidak hairanlah, mana-mana petarung pun sanggup menawarkan diri turun gelanggang untuk beradu tenaga dengan Mayweather dengan hadiah sebegitu lumayan biar apa pun keputusannya.

https://www.instagram.com/p/Bo5V0arHcAK/?utm_source=ig_web_copy_link

Khabib dilaporkan mencabar Mayweather secara terbuka melalui perkongsian yang dimuat naik oleh CEO kepada Mayweather, Leonard Ellerbe.

”Ayuh Floyd. Kita perlu bertarung. 50-0 lawan 27-0. Hanya kita dua sahaja yang belum pernah tewas. Di dalam rimba, hanya ada satu raja. Sudah tentu, sayalah rajanya kerana saya berjaya menjatuhkan McGregor dengan mudah dan dia (Mayweather) tidak mampu. Ayuh”

Mayweather yang bertarung dengan McGregor tahun lepas gagal merebahkan jaguh Ireland itu bagaimanapun dilihat seolah-olah melayan McGregor seperti ‘mainan’ bermula daripada pusingan pertama lagi.

Mayweather tidak lagi bertarung selepas pertarungan berkenaan sehinggalah dia kembali dari persaraan untuk perlawanan semula menentang jaguh Filipina, Manny Pacquiao.

Kita mungkin berpeluang untuk melihat satu lagi pertarungan epik lagi lumayan apabila cabaran yang dibuat Khabib disambut baik oleh Mayweather.

Melalui satu perkongsian di laman rasmi Instagramnya pada Isnin, jaguh tinju yang sudah bersara itu kelihatan bersedia untuk kembali ke gelanggang.

”CBS, Showtime dan MGM Grand keluarkan buku cek sekarang,” kata Mayweather. Dua saluran televisyen dan kasino berkenaan sebelum ini merupakan antara penaja kepada pertarungan-pertarungan Mayweather sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/Bo9QDzYAQOT/?utm_source=ig_web_copy_link

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.