Siakap Keli

Anak Asyik Meragam Sebab Gatal Dan Ruam Merah, Produk Ini Boleh Bantu Legakan

Ekzema adalah penyakit kulit yang sering dialami oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah. Ekzema juga dikenali sebagai atopic dermatitis. Keadaan radang pada kulit dan ditambah pula dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.

Antara punca kanak-kanak dijangkiti penyakit ekzema ini kerana keturunan dan diwarisi turun-temurun. Kedua, ia juga boleh terjadi kerana kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan. Selain itu, Selain itu, alahan juga berpunca daripada bahan makanan yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan kemerahan.

Sebagai ibu bapa, seharusnya sentiasa peka dengan tahap kesihatan anak-anak terutama sekali yang melibatkan alahan kulit sebelum melarat menjadi lebih teruk. Berdasarkan laporan Kementerian Kesiahatan Malaysia, antara tanda-tanda anak anda dijangkiti penyakit ekzema ialah tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan leher dan muka serta bengkak kecil yang berair.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda berikut, segera untuk membawa anak anda berjumpa dengan doctor atau pakar sakit kulit untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sewajarnya. Antara rawatan yang akan disyorkan oleh doktor ialah memberikan anak anda ubat pencegah gatal seperti antihistamin atau menggunakan Zrim Steroid bagi kes-kes yang teruk.

Bagaimana pula anda sebagai ibu bapa untuk membantu melegakan kegatalan serta ruam yang dialami oleh anak anda? Pertama, Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. Kemudian, elakkan anak anda mandi air bersuhu panas atau suam. Seterusnya, elakkan memakai baju yang berlapis dan akhir sekali pastikan anak anda menggunakan produk Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan Body Lotion.

Produk ini mampu melegakan ruam pada kulit dan mengembalikan kelembapan pada kulit anak anda serta melegakan rasa gatal yang mereka alami. Cetaphil Restoraderm yang diformulasikan dengan teknologi Filaggrin dan dipercayai oleh pakar-pakar dermatologist ini adalah produk penjagaan kulit yang sesuai untuk anak anda.

Fillagrin adalah protin yang sangat penting untuk hidrasi kulit serta pelindung kulit. Kulit yang kering dan gatal besar kemungkinan kurangnya Fillagrin di dalam kulit. Teknologi Filaggrin ini juga terbukti berkesan sebagai langkah penjagaan kulit untuk membantu mengembalikan kelembapan kulit semulajadi  dan membina semula lapisan kulit yang lebih sihat.

Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan juga Body Lotion ini juga bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah boleh digunakan seisi keluarga bagi memastikan anda sekeluarga menerima protin serta khasiat yang cukup untuk mengekalkan kesihatan kulit. Produk ini sangat mudah untuk didapati kerana anda boleh sahaja dapatkannya di farmasi-farmasi yang berdaftar berdekatan dengan anda serta harga yang sangat berbaloi dengan kualiti yang ada pada setiap produk Cetaphil.



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)