Siakap Keli

Jika Masih berdegil Guna Plastik, Pasaraya Dan Peniaga Akan Didenda Mulai Tahun Depan

Pada September 2017 tahun lalu, peniaga dan penjaja akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 jika masih menggunakan plastik membungkus dan polisterin.

Susulan pelaksanaan tersebut, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu bahawa mulai tahun hadapan, semua pasar raya, rangkaian kedai dan restoran di seluruh negara akan dikenakan ‘caj pencemaran’ jika masih menggunakan beg plastik konvensional dalam perniagaan.

Walaupun begitu, peniaga akan diberikan tempoh selama 3 tahun bermula daripada tahun 2019 sehingga 2021 untuk berkuatkuasa sepenuhnya.

Bagi jumlah caj yang dikenakan, menurut beliau ia akan berbeza mengikut kerajaan negeri yang mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

Menurut beliau, caj pencemaran yang dikenakan itu boleh digunakan untuk kempen kesedaran atau pembuatan beg beli-belah guna semula kepada orang awam khusus untuk membeli barangan.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar negara dapat meningkatkan bilangan pengeluaran beg plastik boleh terurai pada kadar yang kompetitif bagi kemudahan pengguna.

Nur Farra