Siakap Keli

Khabib Tolak Duit Kemenangan RM 62 Juta Untuk Pertarungan Semula Dengan McGregor

Juara lighweight UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran wang sebanyak USD 15 juta (RM 62.1 juta) untuk pertarungann semula dengan anak emas Presiden UFC, Dana White iaitu Connor McGregor

Sebelum ini, Khabib yang menjalani pergantungan sementara susulan insiden kekecohan yang berlaku selepas menumbang McGregor awal bulan ini. Wang kemenangannya yang bernilai USD 2 juta juga dilaporkan telah disekat.

Menurut kenyataan daripapa kem Khabib, petarung Rusia itu tidak terlalu memikirkan soal wang tunai dan enggan bertemu sekali lagi dengan petarung daripada Irish berkenaan.

Sebaliknya, Khabib yang baru-baru ini membuat cabaran secara terbuka untuk beradu tenaga dengan jaguh Amerika Syarikat, Floyd Mayweather dikatakan lebih teruja untuk membuat perhitungan dengan seorang lagi petarung UFC, Tony Ferguson.

”Dia mahu bertemu dengan Ferguson sebelum bersara,” kata jurucakap berkenaan.

Khabib dan Ferguson sebelum ini hampir bertarung di dalam gelanggang sebanyak 3 kali, namun kesemuangan dibatalkan disebabkan masalah kecederaannya yang dialami lawannya itu.

”Khabib perlu berhadapan dengan komiti Nevada terlebih dahulu dan kita akan lihat kepurusan untuk Khabib dan pasukannya disebabkan kekecohan yang dimulakan mereka.

”Tetapi McGregor telah menghubungi saya minggu lepas dan mahukan pertarungan semula dengan Khabib. Itu yang dimahukannya. Tunggu dan lihat apa yang terjadi.

”Ferguson seorang petarung yang hebat apabila mengalahkan Anthony Pettis. Mereka berdua (Khabib dan Ferguson) sudah dijadualkan untuk bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini namun tidak berlaku. Tunggu dan lihat,” kata Dana White.

Sumber : Sports Joe

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.