Siakap Keli
Gambar : Bernama

Mansuh Tol : Adakah Rakyat Boleh Berhenti Bermimpi? Ini Jawapan Menteri

Isu penghapusan tol seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan sebelum menjadi kerajaan sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi satu portal berita tempatan, YB Ahmad Fadhli Shaari ahli Parlimen Pasir Mas dari parti Pas bertanya dalam sesi pertanyaan menteri adakah rakyat kini boleh berhenti bermimpi untuk negara memiliki lebuhraya tanpa tol.

Ini berdasarkan kenyataan dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian menjawab soalan ahmad Fadhli dengan berkata bahawa dasar kerajaan jelas iaitu tidak akan menghapuskan tol sehingga keadaan kewangan negara stabil.

Ujar beliau, soalan yang dibangkitkan ahli parlimen tersebut adakah rakyat Malaysia bermimpi itu terpulang kepada rakyat sendiri. Sehingga kewangan negara dipulihkan, dasar kerajaan adalah jelas untuk tidak akan menghapuskan tol.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.