Siakap Keli

Pasangan Ditahan Culik Bayi Dalam Kandungan, Mayat Ibunya Ditemui Dengan Perut Terburai

Sepasang kekasih di dakwa terlibat dalam jenayah kejam apabila menculik seorang bayi yang masih lagi berada di dalam kandungan ibunya, dalam kejadian yang berlaku di Brazil.

Mangsa, Mara Cristiana da Silva, 23, yang sarat mengandung lapan bulan ditemui mati dalam keadaan terikat pada pokok dan perut terburai dalam kawasan semak berhampiran  Joao Pinheiro, tenggara Brazil.

Menurut laporan Dailymail, mangsa sebelum ini pernah memberitahu bahawa seorang wanita yang dikenalinya, Angelina Rodrigues, 40, yang juga suspek utama, sentiasa mengimpikan untuk mempunyai seorang anak.

Sebelum ini pada Isnin, pihak hospital di Sao Lucas  memaklumkan kepada polis apabila Angelina yang tergesa-gesa hadir ke hospital dan membawa bayi yang masih berlumuran darah. Angelina memaklumkan bahawa dia baru sahaja melahirkan bayi.

Bagaimanapun keengganannya untuk menjalani pemeriksaan mendatangkan kecurigaan kepada jururawat. Malah, pihak hospital juga memaklumkan bahawa Angelina ketika itu berada dalam keadaan normal dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti baru lepas melahirkan anak.

Mangsa

Susulan penemuan jasad Mara dan laporan yang dibuat oleh pihak hospital, polis kemudian menahan Angelina dan suaminya, Roberto Gomes da Silva.

Angelina ketika disoal siasat mengakui bahawa mereka telah menghidangkan minuman beralkohol kepada mangsa sehingga mabuk. Kemudian mereka bertindak mengikat mangsa pada pokok sebelum membelah perutnya menggunakan sebilah pisau.

Walaupun Angelina berulang kali memberitahu polis bahawa jenayah berkenaan tidak melibatkan suaminya, namun pihak polis meragui kenyataan tersebut memandangkan mereka mendapati Angelina tidak mungkin dapat melakukan jenayah tersebut sendirian.

”Kami percaya suaminya dan ada pihak ketiga yang turut terlibat, namun semuanya bergantung pada siasatan polis terlebih dahulu.

”Ujian hospital mengesahkan suspek tidak hamil dan kami percaya jenayah ini sudah dirancang daripada awal,” kata polis.

Ibu saudara mangsa, Euza Ribeiro, memaklumkan bahawa suspek menjadi rapat dengan mangsa setelah dia mengetahui bahawa wanita malang itu hamil.

”Dia (Angelina) sentiasa menginginkan seorang anak. Jadi, apabila dia tahu anak saudara saya sedang hamil, dia mula menghulurkan bantuan kepadanya.

Media menunggu di luar balai

”Malah, dia turut meminjamkan duit kepada Mara untuk menjalani ujian ultra sound dan sehari sebelum dia mati, Angelina memberitahu dia mahu membelikan semua keperluan bayi untuk anak Mara,” katanya.

Bayi mangsa ketika ini sedang menerima rawatan dan dalam jagaan hospital. Pada bahagian kepala, terdapat kesan luka dipercayai akibat terkena pisau ketika Angelina membelah perut ibunya.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.