Siakap Keli

Sapu Darah Palsu Pada Muka Sebelum Minta Ambulans Datang, Warga Emas Dipenjara 20 Bulan Selepas Buat Panggilan Palsu Lebih 314 Kali

UNITED KINGDOM: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan selepas didapati telah membuat 314 panggilan palsu meminta ambulans datang ke rumahnya dalam lima tahun.

Tindakan John Harvey, 73, dipercayai menyebabkan perkhidmatan kesihatan kebangsaan (NHS) menanggung kerugian hampir £50,000 (RM275,000).

Lelaki yang berasal dari Swansea ini juga telah dibawa ke hospital sebanyak 149 kali meskipun dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang memrlukan rawatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan keatasnya selepas mendapati John sering memujuk orang yang tidak dikenalinya untuk menghubungi talian kecemasan 999 untuknya yang menampal darah palsu pada wajahnya seolah-olah tercedera.

Menurut endakwa, Helen Randall, dua lelaki itu yang menyangka John memerlukan bantuan, segera menghubungi 999, namun apabila paramedik sampai, warga emas itu sudah pulang dan didapati sedang melepak minum di ruang tamunya.

Jelasnya, paramedik menghabiskan keseluruhannya 302 jam membawa Harvey ke hospital beberapa kali, sebelum lelaki itu  keluar tanpa menjalani pemeriksaan.

Dalam keputusannya Hakim Paul Thomas berkata: “Saya tidak faham perbuatan kamu ini yang menyusahkan masyarakat, malah membahayakan nyawa orang apabila menyebabkan perkhidmatan ambulans dialihkan daripada mereka yang benar-benar memerlukannya.”

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar