Siakap Keli
Gambar Hiasan

Sumpahan Mahsuri Telah Menaikan Nama Langkawi Di Persada Dunia

Langkawi sangat terkenal di seluruh dunia dengan keindahan semulajadi yang terdapat di situ. Tetapi pernahkah anda tahu asal usul nama Langkawi ini? Dari manakah ia mendapat nama langkawi? Nama Langkawi diambil setelah sudah terhindar dari sumpahan 7 keturunan pada zaman seorang wanita jelita Mahsuri.

Nama Langkawi sudah terkenal oleh pelancong luar negara. Pulau ini mempunyai 99 pulau kecil di sekitar Langkawi tetapi pulau utama ialah Pulau Langkawi.  Hanya 30 km dari Kuala Perlis dan lebih 50 km dari Kuala Kedah.

Pulau-pulau ini mempunyai warisan tersendiri yang menarik antaranya kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan  puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta yang setia. Mitos juga sering dikaitkan dengan Langkawi Pulau Lagenda iaitu Mahsuri wanita berdara putih.

Status Geopark telah dianugerahkan kepada Langkawi oleh UNESCO, untuk keindahan warisan geologinya yang terdiri daripada landskap yang indah, binaan batu kapur, gua, gerbang laut, longgokan rumput kering dan tinggalan glasier dan fosil-fosil.Dengan sejarah geologi sejak dari 500 juta tahun lalu, pulau-pulau ini mempunyai formasi batu unik yang membangkitkan imaginasi dan mengelirukan minda.

Langkawi adalah tempat yang sesuai untuk merehatkan minda setelah penat bekerja bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Bagi seseorang yang sukakan alam semulajadi di sinilah tempatnya.

Tapi tahukah anda sebelum tahun 1980-an, Pulau Langkawi yang berada di Kedah ini merupakan satu pulau yang terpinggir dan tidak pesat membangun seperti hari ini? Menurut legenda, pulau ini telah disumpah selama tujuh keturunan wanita cantik yang difitnah bernama Mahsuri sehingga berakhir pada tahun 1980-an.

Sumber Google

Sejarah Kebangkitan Langkawi

Sumpahan Mahsuri di Langkawi bermula sejak 200 tahun yang lalu. Kisah bermula sekitar tahun 1797 hingga 1803 dengan kedatangan Pandak Mayah dan isterinya Mak Alang dari Kampung Kemala, Phuket di Siam (kini Thailand). Mereka menetap di Langkawi dan hidup sebagai petani yang mengerjakan sawah padi.

Mahsuri merupakan anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Mahsuri telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu mertuanya merasa iri hati dengan kecantikan dan penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya, Mahsuri dihukum mati.

Pada hari hukuman berlaku, keris keramat kepunyaan keluarga Mahsuri sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih dan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.

Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan. Kebenaran sumpah Mahsuri itu telah termakbul apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.

Nasib yang paling tragis kepada Wan Mahura, kononnya beliau dirogol bermarai-ramai oleh beberapa orang tentera Siam sebelum dibunuh dan diseksa dengan kejam.

Jika kisah ini benar, ia merupakan tanda kebesaran Allah kepada umatnya dan ini juga tanda kebesaran Tuhan menurunkan balasan kepada orang yang berlaku zalim pada orang lain. Semoga kita dijauhi daripada orang yang sikap suka memfitnah.

Kini, Langkawi menjadi pusat pelancongan yang termasyhur di seluruh dunia. Langkawi dimajukan oleh kerajaan Malaysia sebagai tempat pelancongan bersejarah dengan legenda Mahsuri di samping mempromosikan alam semulajadinya yang cantik dan diiktiraf sebagai khazanah warisan dunia oleh UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu).

Langkawi menjadi destinasi jualan bebas cukai yang terkenal di samping menjadi lokasi pameran dan pertunjukan udara antarabangsa LIMA yang diadakan di sana pada setiap dua tahun sekali.

 

Sumber:

  1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/25/kedah-moves-to-protect-langkawis-unesco-status/
  2. https://www.thepatriots.asia/legenda-mahsuri-yang-menggegarkan-langkawi/
  3. http://www.mplbp.gov.my/ms/pelawat/sejarah-lagenda-langkawi
  4. http://mb.erabaru.com.my/2017/10/02/legenda-sumpahan-tujuh-keturunan-mahsuri-yang-memasyhurkan-nama-langkawi-di-seluruh-dunia/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.