Siakap Keli

Tergamak, Ibu Humban 5 Anak Seorang Demi Seorang Dalam Perigi Sebelum Cuba Bunuh Diri

Seorang wanita menghumban lima anak kecilnya ke dalam sebuah perigi sebelum bertindak melompat masuk ke dalam perigi tersebut kerana dikatakan dihantui oleh ‘roh’ yang menyebabkannya bertindak sedemikian.

Kejadian yang menggemparkan ramai itu berlaku di sebuah kampung di daerah Bhavnagar Gujarat, India pada Isnin.

Menuurt polis, beberapa penduduk yang menyedari kejadian tersebut bergegas menyelamatkan wanita itu, Geeta Bhaliya, dengan menariknya keluar dari perigi bersama dengan anak sulungnya, Dharmistha, yang berusia 10 tahun.

”Kami telah mengenal pasti empat lagi mayat anaknya, berusia antara satu, empat, tujuh dan lapan tahun mati lemas di dalam perigi tersebut,” kata seorang pegawai polis Bhavnagar.

Siasatan awal polis mendapati, Geeta memberitahu mereka bahawa dia dihantui oleh roh jahat setiap kali tidur selain mengalami masalah kewangan.

“Dia berkata, roh itu tidak membiarkannya tidur menyebabkan dia mahu menamatkan riwayat hidpnya keran tertekan tetapi risau akan nasib anak-anak jadi dia membawa mereka sekali ke dalam perigi,” katanya lagi.

Difahamkan, sebelum kejadian, Geeta meninggalkan rumahnya bersama lima anak untuk pergi ke kuil berhampiran. Dia dilaporkan menghumban kesemua anak-anaknya seorang demi seorang terlebih dahulu sebelum melompat masuk ke perigi tersebut.

Suaminya, Dharmshi memberitahu polis bahawa isterinya itu percaya bahawa seseorang telah menghantar sihir hitam ke atasnya dan dia ingin keluar dari segala masalah yang dihadapinya.

Sumber : Hindustan Times

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.