Siakap Keli

Terkini, Gempa Sederhana Gegar Utara Sumatera

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher telah menggegarkan Utara Sumatera pada 12.29 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 70 kilometer timur laut dari Meulaboh, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.