Siakap Keli

(Video) 19 Maut Ditembak Selepas Pelajar Bawa ‘Shotgun’ Lepas Tembakkan Dalam Kolej

Sekurang-kurangnya 19 orang pelajar terbunuh dan 54 orang lagi terkorban dalam serangan di sebuah kolej di wilayah takhlukan Rusia di Crimea, semalam.

Suspek, Vladislav Roslyakov, 18, yang juga pelajar kolej Kerch Polytechnic berkenaan menceroboh masuk sebuah dewan dengan membawa senjata api jenis shotgun serta memasang sebuah bom buatan sendiri di kantin sekolah. Suspek menembak mati sekurang-kurangnya 17 orang pelajar sebelum bertindak membunuh diri di pusat sumber.

Manakala seorang lagi mangsa amukkannya meninggal dunia kira-kira sejam selepas kejadian di hospital dan 12 lagi kini dirawat dihospital akibat kecederaan parah.

Daripada 12 orang itu, akhbar antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 3 orang mangsa berada dalam keadaan koma manakala selebihnya menjalani pembedahan besar akibat berlaku kerosakkan teruk pada bahagian organ badan yang terkena tembakkan.

Pembunuh berkenaan dipercayai memiliki senjata api melalui pemilikkan lesen pemburuan. Suspek juga dilaporkan lulus ujian psikologi untuk mempeoleh lesen tersebut.

Bom yang ditinggalkan suspek di kantin merosakkan bahagian tingkap namun dilaporkan tiada kematian akibat letupan berkenaan.

Pihak berkuasa pada awalnya menganggap serangan berdarah berkenaan sebagai serangan pengganas sebelum membuat klafikasi semula sebagai pembunuhan besar-besaran.

”Kejadian tembakkan berlaku selepas letupan bom. Pembunuh mempunyai senjata untuk tujuan berburu,” kata Igor Mikhailichenko, jurucakap pihak berkuasa Crimea.

”Ini bukan serangan pengganas. Tetapi pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh seorang yang bermasalah,” kata Perdana Menteri Crimea, Sergei Aksyonov .

Beliau kemudian mengisytiharkan perkabungan peringkat negara dengan orang ramai dilihat meninggalkan bunga dan lilin di lokasi kejadian.

Beberapa keping gambar di lokasi kejadian turut beredar di internet yang menunjukkan mangsa diusung kelua oleh petugas kecemasan dam keadaan yang mengerikan.

Sehingga kini, serangan berkenaan telah meragut 19 nyawa termasuk penyerang, namun jumlah mungkin meningkat akibat mangsa-mangsa yang cedera turut mengalami kecederaan parah.

Selain itu, gambar suspek yang memakai pakaian berwarna putih sambil membawa senjata api turut yang dirakam melalui CCTV turut beredar di atas talian.

Imej lain yang turut viral menunjukkan suspek menggalas sebuah beg yang dipercayai berisi dengan sekurang-kurang 10 bom tangan buatan sendiri. Media tempatan juga percaya ketika kejadian suspek memiliki sekitar 150 butir peluru.

Pihak polis ketika ini turut menahan pasangan ibu bapa suspek yang sudahpun berpisah untuk disoal siasat mengenai motifnya bertindak demikian.

Menurut kenyataan polis, ayah suspek memberitahu bahawa Roslyakov memperoleh lesen senjata secara sah dan seorang yang penyendiri. Dia juga dikatakan banyak menghabiskan masa bermain permainan komputer dan tidak mempunyai ramai kawan.

Manakala rakan sekelasnya mendakwa suspek sebagai seorang yang ‘benci dengan pengajiannya dan pernah berikrar membalas dendam terhadap gurunya’.

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang ketika kejadian berada di luar negara turut memberi penghormatan kepada mangsa ketika dimaklumkan berita berkenaan.

”Ini adalah satu jenayah berat. Kes ini akan disiasat dengan sebaik mungkin,” katanya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cg7u_lXC9YM]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.