Siakap Keli

(Video) Mata Leka Main Telefon, Wanita Tak Sedar Anak Jatuh Dalam Jurang Kereta Api

Seorang ibu hampir kehilangan anak perempuannya ketika asyik bermain telefon bimbit sambil menunggu kereta api di salah satu stesen di Beijing.

Terlalu leka dengan peranti tersebut, anaknya didapati terjatuh masuk ke dalam jurang antara platform stesen dan trek kereta api pada Selasa lalu.

Melalui klip video yang tular, wanita tersebut berteriak sambil menangis ketika anaknya jatuh tersungkur ke dalam jurang tersebut dalam usaha menyelamatkan anaknya naik ke atas.

Pekerja stesen yang menyedari insiden itu bergegas ke tempat kejadian dan menghulurkan tangan untuk menarik kanak-kanak terbabit ke atas dengan selamat.

Walau bagaimanapun, kemalangan itu tidak memberi kesan kepada jadual kereta api dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak digilis kereta api kerana lambat diselamatkan.

Sumber: Shanghaiist

Nur Farra