Siakap Keli

(Video) Rakaman CCTV ‘Tangkap’ Individu Koyak Al Quran, Tabur Atas Tandas Di Masjid Pokok Sena

Tular beberapa hari lalu di media sosial dengan gambar Al Quran yang dikoyak, jam dirosakkan, paip air dikepak dan cermin dipecahkan di sebuah masjid Pokok Sena di Kedah Kedah.

Kejadian itu membuatkan para jemaah masjid tersebut terkejut dan rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana ada individu yang sanggup merosakkan harta benda rumah suci orang Islam tanpa tujuan yang pasti.

Melalui gambar yang dikongsi, helaian Al-Quran dilihat bertaburan di atas lantai tandas termasuk didalam lubang tandas.

Jika dilihat daripada rakaman cctv, individu terbabit bertindak membaling rehal kayu ke arah jam dinding jenis digital sehingga jatuh dan berantakan pecah ke atas karpet masjid.

Nur Farra