Siakap Keli

Demi Selamat Anak, Ibu Rela ‘Payungkan’ Dirinya Dari Hujan Batu Sebesar Bola Tenis

Demi anak, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja termasuklah menggadaikan nyawa sendiri asalkan anaknya berada dalam keadaan baik. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila dia memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya akibat cuba menyelamatkan bayinya daripada hujan batu sebesar saiz bola tenis.

Fiona Simpson dari Kingaroy, Queensland berada di dalam kereta dengan bayi dan neneknya, kira-kira 130 batu di barat laut Brisbane ketika dia memandu di dalam cuaca buruk.

Tidak semena-mena, ribut hujan batu menghentam tingkap kereta Fiona membuatkan dia berasa takut dengan keselamatan bayinya itu.

Tanpa berlengah, wanita muda itu menjadikan tubuhnya sebagai ‘payung’ atau perisai bagi melindungi anaknya dari terkena hujan batu tersebut.

Ketika menjalani rawatan di hospital, Fiona memuat naik gambar di facebook menunjukkan kesan lebam di bahagian belakang badan dan bahunya serta menceritakan kejadian yang berlaku kepada netizen.

“Saya mendapat pengajaran hari ini, jangan memandu dalam ribut hujan batu!

“Saya melindungi bayi saya dengan badan untuk mengelakkan dirinya daripada cedera parah.

“Seluruh belakang saya, lengan dan kepala saya lebam teruk. Saya sangat lega bahawa anak perempuan dan nenek saya berada dalam keadaan baik.

“Tolonglah berhati-hati dalam musim ribut ini. Saya tahu saya akan sakit esok, adakah sesiapa tahu krim atau minyak yang boleh membantu kesan lebam?,” tulis Fiona.

Sumber : Sky News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.