Siakap Keli

Suspek Kes Langgar Wan Amirah Berjaya Ditahan, Salah Seorangnya Warga Tempatan

Sejak semalam, kita dikejutkan dengan penularan rakaman kemalangan maut membabitkan seorang wanita, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta yang dipandu oleh warga asing.

Netizen-netizen yang berang melihat video berkenaan kemudian mendesak pihak berkuasa menhana segera pemandu tersebut yang dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.

Hari ini, melalui laporan sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan tiga lelaki warga Arab dan seorang wanita tempatan berasal daripada Sabah yang dipercayai terlibat dalam jenayah langgar lari berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata penahanan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada awalnya menahan seorang pemuda berasal daripada Yamen yang berusia 22 tahun tengah malam tadi di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

Susulan penahanan terbabit, polis kemudian menahan dua orang lelaki warga Libya yang berusia 20 dan 24 tahun serta wanita tempatan berusia 32 tahun di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya. Kesemua suspek yang ditahan merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya. Salah seorang daripada mereka turut membuat pengakuan bahawa dia adalah pemandu kereta ketika kejadian tersebut berlaku.

Pihak berkuasa juga memaklumkan sebuah kereta jenis Hyundai yang dipercayai digunakan ketika kemalangan tersebut berlaku turut dirampas.

Selain melanggar Allahyarhamah Wan Amirah, suspek sebelum itu turut merempuh beberapa buah kenderaan yang diletakkan dipakir. Antara kereta yang turut rosak adalah Proton, Perodua Myvi, Toyota Avanza dan Honda City.

Kesemua suspek dijangkan akan dibawah ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.