Siakap Keli

Suspek Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Sudah Berjaya Ditahan Polis.

Insiden dimana seorang pekerja Stesen Minyak Petronas yang dipukul sekumpulan lelaki hanya kerana tersilap memberi minyak RON 95 berbanding RON 97 nyata mengundang amarah orang ramai apabila video kejadian berkenaan tular di media sosial.

Susulan penularan video berkenaan, pihak berkuasa kemudian meminta dua orang lelaki daripada kumpulan penunggang motosikal berkenaan untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Hari ini, melalui laporan portal berita tempatan berbahasa Melayu, salah seorang yang dikehendaki PDRM telah pun ditah ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Perak untuk menyerah diri.

Suspek yang berusia 25 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 4.15 petang, semalam.

Terdahulu, PDRM juga berjaya menahan seorang lagi suspek yang berusia 40 tahun kira-kira jam 9.45 malam di Kuala Lumpur, kelmarin. Suspek ditahan reman sehingga Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mangsa ditarik keluar daripada tempat kerjanya sebelum dipukul hingga terjatuh oleh suspek.

Suspek yang mendapat kecederaan akibat kejadian berkenaan kemudian membuat laporan polis. Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.