Siakap Keli

”Ibu Cium Adik Sunguh-Sungguh, Nafas Terakhirmu Anak Dalam Pelukan Ibu” Bayi Meninggal Dunia, Wanita Kongsi Saat Memilukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cahaya mata adalah anugerah terindah buat semua pasangan. Sejak dalam kandungan lagi, kasih ibu dan ayah pada si anak sudah tak terkiranya banyaknya. Apatah lagi setelah dilahirkan, pastinya setiap dari kita mahu anak-anak membesar dalam keadaan baik dan sihat. Tapi siapalah kita untuk menolak takdir tuhan andai anak yang dikirim hanyalah pinjaman sementara untuk menguji ayah dan ibu yang terpilih di dunia ini.

Seperti perkongsian oleh seorang ibu ini saat anak yang tersayang pergi setelah 3 bulan dilahirkan meruntun hati setiap yang membaca. Nur Haura Hanan Humaira pergi dalam pelukan ibunya buat kali terakhir. Seindah namanya, anak ini sudah berlari-lari di syurga. Moga diberikan ketabahan hidup buat ayah dan ibunya serta mereka yang senasib. Sebak!

Malam sebelum adik pergi, ibu tunggu dekat adik sampai kul 2.30 pagi. Lepas ibu solat taubat dan solat hajat, ibu baca yassin sebelah adik. Sempat ibu lap2 mata adik yang berair.

Gambar : FB Ila Sahira

Masa tu tekanan darah adik sangat tak stabil. Sangat2 rendah. Ibu masih positive dan tenang tengok adik. Adik lena tidur. Pastu ibu dah tersengguk2, misi suh masuk rehat kat bilik. Ibu tinggal adik. Lepas tu ibu tidur lena sungguh malam tu. Time alarm 4 pagi pun tak terjaga. Sedar tak sedar 6.30 pagi dah. Allah.. kelam kabut ibu bangun.

Laluan nak ke bilik air kena lalu dekat adik, tengok misi 2, 3 orang duk dekat adik. Ibu laju² g bilik air amek wudhu. Lepas solat subuh. Ibu pergi kejap dekat adik, bagi salam, cakap2 skit. Breast berdenyut2 pulak. So ibu g pantry dulu. Makanan pagi belom sampai, ibu makan roti je sekeping dgn air milo.

Lepas makan ibu laju2 g dekat adik, tengok misi tengah buat suction, oksigen adik drop sangat. Kejap 40 kejap 60. Ibu tunggu situ sampai adik stabil balik. Pastu ibu masuk bilik nak perah susu. Susu pulak macam payah pulak nak kuar. Sebelum tu ok je marmet. Dapat sikit je. Ibu malas nak berlama2 dlm bilik. Keluar g dekat adik, ramai pulak misi kat situ.

Adik stop bernafas lagi. Denyutan jantung makin drop. Ibu perati je sambil mulut kumat kamit dengan lafaz laahaula wala quwailabillaah. Pastu misi jerit2 suruh tekan bell. Ibu masih bertenang. Allah ada. Allah ada.

Walaupun rasa gigil satu badan. Lepas bunyi bell, semua doktor datang dari ceruk mane ntah, kumpul ramai² dekat adik. Wasap abah, suh abah datang segera. Abah dari Kemasik.

Gambar : FB Ila Sahira

Pastu doktor panggil nak bercakap dalam bilik. Doc explain, adik stop bernafas. Tp alhamdulillah ada balik. Tapi adik sangat2 kritikal. Mintak ibu sabar banyak2 dan redha dengan apa yg bakal berlaku. Ibu masih mengharapkan keajaiban utk adik. Ibu tenang, walaupun doc renung ibu masa tu macam nak suh ibu nangis pulak. Huhu..

Lepas tengok adik kejap, doc suh g makan dulu. Makanan pagi dah sampai. Tapi ibu g amek wudhu, solat hajat. Ibu baca yassin 7 mubin. Lepas tu ibu tenang sangat. Ibu bangun solat taubat. Dan ibu doa.

Ya Allah.. sekiranya anakku Nur Haura Hanan Humaira akan berbahagia dalam jagaanku, kau berilah keajaiban untuk dia meneruskan hidup, tapi sekiranya masa depannya memudaratkan dirinya dalam jagaan aku, kau ambillah dia semula. Aku redha kerana dariMu dia datang dan kepadaMu jua dia kembali.

Ibu keluar tengok ramai lagi doc dekat adik dibalik langsir. Doc panggil ibu lagi kat bilik. Doc kata adik stop bernafas lagi. Jantung drop takde denyutan. Diorang dah usaha 10 minit, tapi takde respon. Dan akan cuba 10 minit sahaja lagi. Means dalam 20 minit tu kalo dah takde respon, diorang terpaksa stop. Ibu angguk lemah… Tanda faham.

Pastu doc tanya nak tunggu dekat luar ke dalam bilik je. Ibu ckp nk duk situ je. Tanpa tangisan, harapan terpadam. Ibu pasrah segala ketentuan. Tak lama, doc masuk lagi. Kami dah tak boleh buat apa2 lagi katanya. Pastu ajak ibu keluar tengok adik.

Doc tunjuk mesin sume dah jadi 0. Kami nak stop mesin bantuan pernafasan. Ibu hanya angguk perlahan. Misi tanya nak riba tak. Pastu suruh ibu naik atas bed. Allah… 3 hari ibu tak riba adik, besar sangat adik masa tu, badan kembang bengkak dengan air.

Masih hangat lagi. Ibu cium adik sungguh-sungguh. Barulah perasaan sebak itu hadir. Dan terhambur segala kesedihan masa tu jugak. Adik melepaskan sisa2 nafas akhir dalam pelukan ibu. Mata adik berair. Allah.. abah masih otw. Misi gosok2 belakang ibu mintak ibu bertenang.

Pastu abah sampai, peluk belakang ibu. Abah tak tahu adik dah takde. Lepas ibu geleng2 kepala baru abah faham. Allah… Terdengar esakan kuat kesedihan seorang bapa. Lama kami bertiga berpelukan. Satu keadaan yg tak pernah dibayangkan. Tapi itu yg terjadi. Allahuakbar. Ibu cuba cari kekuatan dan teringat akan doa ibu yg akhir tadi.

Gambar : FB Ila Sahira
Gambar : FB Ila Sahira

Inilah jawapan utk doa itu. Selagi adik ada, adik makin terseksa. Biarlah Allah jaga. Tunggu ibu abah dipintu syurga ya sayang…

AL- FATIHAH
Nur Haura Hanan Humaira bt Muhd Fazli_
22/7/2018 – 18/10/2018

#coretanibu
#haurahanandalamkenangan

Jumaat 19/10/2018
11:26am

Sumber : FB Ila Sahira

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.