Siakap Keli

Jangan Ambil Mudah, Lelaki Dinasihati Jalani Pemeriksaan Kanser Payudara Sebelum Terlambat

Golongan lelaki di negara ini dinasihati agar menjalani pemeriksaan kanser payu dara sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.

Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultan Abdul Halim  (HSAH)  Dr Rashide Yaacob berkata beliau sendiri pernah merawat empat lelaki yang menghidap penyakit itu dengan yang terbaharu pada tahun lepas melibatkan warga emas berusia lingkungan 70-an.

“Daripada empat yang saya pernah rawat ini, hanya seorang meninggal dunia sebab menolak untuk menjalani rawatan lanjut dan membuat pembedahan,” katanya kepada sumber selepas perasmian Pink Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, di sini hari ini.

Mengenai kes serupa dalam kalangan wanita pula​​​​​​, Dr Rashide berkata tahap kesedaran dalam kalangan kaum itu semakin meningkat dengan ramai yang menjalani pemeriksaan awal.

“Untuk wanita umur bawah 35 tahun sahaja, statistik di HSAH mencatatkan seramai 24 pesakit kanser payu dara pada 2016, kemudian (turun kepada) 23 orang pada tahun lepas, manakala setakat September tahun ini telah menunjukkan seramai 27 orang dikesan mendapat kanser payu dara,” katanya.

Beliau berkata jika kanser itu dikesan dari awal, peluang survival adalah tinggi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.