Siakap Keli

Jemaah Masjid Solat Berpandu Arah Kiblat Salah Selama Hampir 40 Tahun

Selama hampir empat dekat umat Islam yang sering berkunjung ke sebuah masjid di Turki menunaikan solat berpandukan arah kiblat yang salah sebelum disedari oleh seorang imam baharu.

Masjid yang terletak di Sugoren, Yalova barat itu dikatakan’terpesong’ sebanyak 33 darjah, lapor Daily Sabah.

Pada mulanya, Imam Isa Kaya dilantik menjadi imam di masjid tersebut pada tahun lalu. Selepas mendengar khabar angin tentang arah kiblat masjid tidak selari dengan Kaabah di Makkah beliau memutuskan untuk mendapatkan pandangan mufti tempatan

Imam berkenaan kemudiannya menandakan anak panah diperbuat daripada pita pelekat putih ke atas permaidani bagi menunjukkan arah kiblat yang betul kepada mereka yang menunaikan solat di masjid itu.

Seorang arkitek akan ditugaskan untuk mereka bentuk semula masjid itu.

Sumber : independent

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.