Siakap Keli
Image: Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin Lakar Sejarah, Raih Tempat Ke-10 Terbaik Di Jepun

Pelumba MotoGP dari Malaysia, Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Yamaha Monster Tech3 telah melakar sejarah baru apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di Litar Twin Ring Motegi, Jepun.

Hafizh yang bermula dipetak ke-16 berjaya mengharungi cabaran di negara matahari terbit itu dengan memintas satu per satu pelumpa dihadapan beliau termasuk Franco Morbidelli dan Bradley Smith.

Beliau yang baru sahaja menyertai kategori MotoGP untuk musim 2018 selepas dilamar pasukan Yamaha Monster Tech3 itu telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dan ini kali pertama beliau berjaya menempatkan diri di tempat ke-10.

Untuk kedudukan keseluruhan, Hafizh sudah mengumpul 34 mata dan meletakkan beliau di tempat ke-17 terbaik dunia. Selepas ini, kempen MotoGP 2018 akan diteruskan di Philip Island Circuit, Australia sebelum tiba ke Sepang International Circuit, Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan November nanti.

Dalam perlumbaan yang sama, pelumba dari pasukan Repsol Honda, Marc Marquez telah mengesahkan kejuaraan dunia ketujuh beliau apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam perlumbaan di Jepun ini.

Image: MotoGP

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)