Siakap Keli

“Jangan Klik Pautan Minta Kemaskini Info Bank” – Ketua Polis

Ketua Polis Daerah Gombak, Asistem Komisioner Samsor Maarof menasihati orang awam untuk berhati-hati dalam isu sindiket scam yang semakin berleluasa terutamanya melalui platform digital.

Beliau menyeru orang ramai supaya peka dan tidak sama sekali klik sebarang pautan melalui emel atau pesanan ringkas yang meminta pengguna untuk mengemaskini maklumat bank.

Menurut beliau, taktik ini kembali menular sehingga menyebabkan transaksi tanpa sedar telah dilakukan oleh mangsa.

Taktik scam ini membolehkan anda menekan pautan laman web kemaskini akaun dan menyuruh untuk memasukkan data laluan serta maklumat pengenalan sehingga data tersebut boleh diguna pakai untuk transaksi keluar duit melalui dalam talian.

Tambah beliau lagi, bagi memastikan transaksi tersebut berjaya, mesej daripada orang yang tidak dikenali akan diterima meminta untuk memberi nombor TAC yang dikatakan tersalah hantar dan meneruskan urusan pengeluaran duit sebaik sahaja nombor TAC tersebut diberikan mangsa kepada suspek.

Nur Farra