Siakap Keli

Kementerian Pendidikan Cadang Kokurikulum Belajar Berenang Tahun Depan

Kementerian Pendidikan bakal memperkenalkan kokurikulum belajar berenang di sekolah-sekolah bertujuan menerapkan kemahiran tersebut kepada setiap murid selain menangani insiden kecemasan seperti lemas.

Pelaksanaan tersebut dikatakan akan mula berkuatkuasa tahun depan bermula dengan sekolah yang mempunyai kemudahan kolam renang awam berdekatan.

Menurut Dr. Maszlee Malik, terdapat banyak kemudahan kolam renang awam di seluruh negara yang tidak digunakan sepenuhnya, oleh itu pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang untuk menyelaraskan cadangan.

Dalam pada itu, beliau turut menaruh harapan agar pelaksanaan ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan para pelajar dengan kemahiran berenang di setiap sekolah bagi mengurangkan risiko kes lemas dalam kalangan kanak-kanak.

Sebelum ini, seorang pelajar, 17 tahun meninggal dunia dipercayai terjatuh dan lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya sehingga menyebabkan 6 lagi anggota bomba yang menyelamat turut terkorban akibat dibawa arus deras.

Nur Farra