Siakap Keli

(Video) “Dia cuma minta 2 Botol Air,” Dari Kedah Ke Kelantan, Kegigihan Lelaki Malaysia Ini Berdakwah Buat Askar Thailand Terinspirasi

Seorang pegawai keselamatan sempadan Thailand memuat naik klip rakaman didatangi seorang lelaki berusia yang mengembara menggunakan basikal daripada Kedah mahu ke Kelantan yang terpaksa melalui beberapa negeri di Thailand termasuk Songhkla, Yala dan Pattani.

Kegigihan lelaki tua ini memberi inspirasi kepada beberapa pegawai Thailand yang bertugas pada hari itu betapa jauhnya dia mengembara daripada Kedah mahu memasuki Thailand hanya dengan tulang 4 kerat mengayuh basikal yang didakwa telah digunakan selama 8 tahun.

Rakaman video berdurasi 2 minit itu dimuat naik salah seorang pegawai melalui laman Facebook miliknya dengan catatan dalam bahasa Thailand.

“ หัวใจคุณลุงนั้นแกร่งกว่าสิ่งใด “

เปาะจิ(ลุง)ที่อยู่ในคลิปนี้พวกเราพบเจอตอนที่กำลังตั้งด่านตรวจสอบยานพาหนะและบุคคลตามปกติ ถนนเส้นหลัก(บายพาส) แว้ง-บูเก๊ะตา พบว่าลุงแกเป็นชาวมาเลเซีย มาจากรัฐเคดาห์ ซึ่งเป็นเขตระหว่างไทยและมาเลเซีย ทางปาดังเบซาห์ ลุงแกปั่นจักรยานมาเรื่อยๆแวะเยี่ยมเยียนพี่น้องทางกลันตัน และวันนี้แกเข้ามายังประเทศไทย โดยที่มีเป้าหมายคือไปร่วมกิจกรรมของกลุ่มดะวะห์ ญามาอะห์ตับลีฆ ซึ่งทราบมาว่าเป็นการจัดกิจกรรมใหญ่มากโดยมีนักวิชาการศาสนา นักบรรยายธรรม(นักบายาน)ที่ม…

Pakcik ini sudah sebulan di rumah saudara di Kedah dan hari ini dia kembali pulang ke Kelantan untuk meneruskan aktiviti dakwah di Yala.  Dia sudah siap sedia dengan pelbagai kelengkapan termasuk stok makanan, barangan membaiki basikal, lampu dan barang-barang lain untuk memastikan perjalanannya lancar.  Tak dapat bayangkan halangan dilalui sepanjang jalan yang meredah hujan dan panas.  Kami menahannya mengikut prosedur biasa dan turut berniat mahu menghulurkan bantuan.  Kami ada menghulurkan wang tapi dia menolak.  Nak hantarkan separuh jalan juga dia tak mahu.  Dia cuma meminta 2 botol air minuman dan langsung meminta izin untuk bergerak.  Semoga pakcik selamat sampai ke destinasi, disambut dan dibantu sebagai tetamu kami di sini.

Sumber: Dek Chai Yuyee

Nur Farra