Siakap Keli

(Video) Rakaman CCTV ‘Tangkap’ Budak-Budak Curi, Pakai Pakaian Dobi, Kencing Dalam Tong Sampah

Tular di media sosial rakaman cctv sekumpulan kanak-kanak bertindak agresif dengan mencuri pakaian dan kencing dalam tong sampah kedai dobi layan diri di Tawau.

Daripada video tersebut, kanak-kanak itu dapat dilihat meluru masuk ke kawasan dobi dan membuka setiap satu mesin basuh yang ada disiti seperti mencari sesuatu.

Salah seorang kanak-kanak lelaki daripada kumpulan itu dilihat memakai pakaian dalam wanita dipercayai merupakan milik pelanggan kedai dobi tersebut.

Selain mencuri dan menggunakan barangan kedai dobi, mereka juga turut membuang air kecil di tong sampah kedai yang disediakan bagi kegunaan pelanggan.

Tanpa mengetahui motif sebenar mereka, pemilik kedai dobi ini pastinya bimbang dengan keselamatan para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di kedainya.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman cctv tersebut turut memberi respon negatif dengan tingkah laku mereka yang dipercayai masih berada di sekolah rendah jika diikutkan susuk tubuh masing-masing.

Nur Farra