Siakap Keli

Demi Raih Simpati Dan Wang Sumbangan, Wanita ‘Kantoi’ Berlakon Jadi Penghidap Kanser Ovari

AUSTRALIA: Seorang wanita warga Australia kantoi menipu dan pura-pura berlakon mengakui dirinya penghidap kanser ovari demi meraih sejumlah wang sumbangan serta simpati warga net.

Lucy Wieland diberkas pihak berkuasa pada Rabu selepas orang awam yang terlibat dengan komuniti penghidap kanser berasa sangsi dengan kenyataannya yang kononnya sedang menghidap kanser ovari tahap 5 dan menghubungi polis untuk menyiasat perkara itu.

Wanita yang berusia 27 tahun ini mengutip derma dari orang ramai menerusi laman GoFundMe yang telah dipadamkan mendakwa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup berikutan sel kansernya yang semakin ‘agresif’ merebak ke buah pinggang, hati, pankreas, usus dan lapisan perutnya.

Lucy sering berkongsi gambar-gambar ‘penderitaanya’ di laman Instagram dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa setelah tiga pakar berbeza yang ditemuinya tidak dapat memberi harapan yang positif, dia kini ingin beralih mencari perubatan alternatif di luar negara yang boleh menelan kos rawatan sehingga $40,000.

Oleh itu, dia memerlukan lebih banyak sumbangan dari orang awam dan berjaya mengumpul dana sebanyak $50,000.

Menurut Inspektor Detektif, Chris Lawson, beberapa bahan bukti yang menunjukkan Lucy bersalah telah dirampas sewaktu serbuan dilakukan di rumahnya dan dia kini ditahan pihak berkuasa.

Jelasnya juga, Lucy boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya disabitkan kesalahan dan kes ini harus menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati dan tidak tertipu dengan pengumpulan dana dalam talian.

 

Dalam perbicaraan di sebuah Mahkamah Majistret Townsville, Lucy dibenarkan diikat jamin namun perlu menyerahkan passportnya dan perbicaraan selanjutnya kaan bersambung pada 13 Disember.

Sumber: Brisbane Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar