Siakap Keli

“Katanya Sedap Korek Sebab Gatal,” Tapi Akhirnya Telinga Bengkak, Gegendang Luka Dan Dijangkiti Kuman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita selalu akan mengunakan besi atau ‘cotton bud’ untuk mencuci telinga kerana menggunakan kedua-dua alat ini akan membuatkan kita khayal seketika dengan kesedapan korekkan tersebut? Tidakkah anda terfikir dan risau jika menggunakan besi akan melukakan sel lubang telinga anda?

Hal ini juga diterangkan oleh Dr Ezairy M. Salih bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang penjagaan telinga yang betul.

Ada seorang pesakit datang semalam dan bertanya, memang perlukah kalau telinga gatal itu tak payah nak dikorek dan dibersihkan? Dibiar sahaja ke?

Beliau bertanya selepas saya periksa salur telinganya yang sudah membengkak, sudah ada kesan luka dan gegendang telinganya pun habis dipenuhi jangkitan. Semua ini berlaku akibat tindakan beliau yang berterusan mengorek menggunakan besi. Sedap katanya, legaaa…

Tetapi, semakin lama ianya tidak berhenti gatalnya, bahkan kini menjadi sakit. Sakit yang teramat sangat!

Oleh itu, nasihat saya. Apabila anda alami kegatalan atau ada sebarang masalah pada telinga anda, jangan terus mengorek untuk hilangkan gatal tersebut. Banyak keburukan boleh berlaku. Ya, memang rasa lega pada mulanya, tapi fikirkan keburukan masa panjangnya.

Keradangan dan jangkitan pada salur telinga telah berlaku kepada psakit saya. ‘Otitis externa’ ini jika lewat dirawat, amat sukar untuk sembuh. Lebih bahaya jika pesakit ada penyakit kencing manis.

Hati-hati.

#KONGSI kepada orang anda sayang. Moga perkongsian kali ini memberi manfaat berguna buat kita yang masih belum tahu.

Dr Ezairy M.Sallih

Sekadar bercerita

Rujuk gambar bagaimana salur telinga luar pesakit yang sedang membengkak. Jangkitan yang berlaku menyebabkan pesakit berasa amat sakit.

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang