Siakap Keli

Tempat Penyediaan Kotor, Gerai Satay Tulang Terkenal Di Senawang Diarah Tutup

Sebuah gerai satay tulang terkenal di Seremban telah diarah tutup selama dua minggu bermula semalam selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menjalankan serbuan hasil aduan orang ramai di laman sosial di mana mereka mendakwa gerai berkenaan tidak mengamalkan penyediaan makanan secara bersih.

Menurut Pengarah kesihatan negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali, hasil serbuan, pihaknya mendapati gerai tersebut yang menjadi tumpuan ramai orang ramai itu telah melanggar Akta Makanan 1983 dimana penyediaan makanan di premis berkenaan tidak bersih.

“Diantara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tiada suntikan tifiod,  peralatan memasak kotor disamping amalan pengendalian makanan yang tidak hygenic.”

“Premis berkenaan telah diarah tutup di bawah seksyen 11, akta makanan 1983,” jelas beliau.

Beliau memberi amaran kepada premis makanan supaya mematuhi undang-undang penyediaan makanan yang telah ditetapkan, selain itu orang awam diingatkan untuk memilih premis makanan yang bersih bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu